Semalam, pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) memberi peringatan kepada orang awam mengenai penggunaan carseat atau kerusi kanak-kanak dalam kenderaan yang akan diwajibkan bermula tahun depan.

Menurutnya, sepatutnya penggunaan kerusi khas kanak-kanak itu dikuatkuasakan pada tahun ini tetapi ditangguhkan selama setahun iaitu pada tahun depan.

“Antara salah satu isu yang sering menjadi peringatan setiap pengguna jalan raya adalah tentang keselamatan anak-anak ketika berada di dalam kereta,” tulisnya di akaun rasmi Facebook PDRM.

“Malangnya kesedaran tentang penggunaan kerusi khas kanak-kanak atau carseat di kalangan anak kecil masih rendah,” jelasnya.

Peringatan itu mendapat perhatian warga laman sosial serta mendapat lapan ribu perkongsian di laman sosial tersebut.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil, jangan lupa untuk membeli kerusi kanak-kanak sebelum tahun depan. Biarlah kita keluarkan duit sedikit demi menjamin keselamatan anak-anak tersayang 😉

Sumber: FB Rasmi PDRM