Jika sebelum ini anda menangguhkan bayaran saman trafik kerana jumlah yang terlalu mahal, kini pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan memberi diskaun sehingga 50 peratus bagi saman trafik bermula hari ini hingga 9 November bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, diskaun yang diberikan adalah sempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Anda boleh membuat bayaran di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur dan juga di TMpoint Bukit Raja, Jalan Meru, Klang pada tarikh dan masa yang sama.

Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, diskaun tersebut tidak dikira untuk beberapa jenis saman lain seperti Saman Kemalangan Tahun Semasa, Saman Berstatus NC, Saman Berstatus Waran Tahun Semasa, Saman Dalam Perbicaraan serta Saman Berkaitan Lori.

Untuk memudahkan anda mengetahui jenis-jenis saman yang dikenakan terhadap anda, sila buat semakan di mana-mana Balai Polis Trafik atau menerusi dalam talian iaitu MyEG Services dan RILEK e-Services.

Sumber: The Vocket