Suaminya kepada Youtuber masakan terkenal, M. Sugu, 29 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit di tempat awam.

hmetro.com.my

Seorang Youtuber masakan terkenal, S. Pavithra, 28 tahun, menjelaskan bahawa dia telah pun memaafkan perbuatan suaminya M. Sugu terhadap dirinya.

Menurutnya, kini dia mahu memfokuskan penghasilan video masakan di laman YouTube bersama suami seperti biasa.

google.com

Untuk pengetahuan anda, Sugu didakwa memiliki sabit sepanjang berukuran 66 sentimeter di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, kira-kira pukul enam petang pada Selasa lalu dan dia turut didakwa atas pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada isteri.

Difahamkan, dia mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu dan pihak mahkamah menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

“Apa yang terjadi semuanya berkaitan masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku,” ujarnya.

freemalaysiatoday.com

“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja,” jelasnya selepas menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.

Selain itu, dia turut meminta orang ramai terus memberikan sokongan kepada video-video masakannya di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’.

“Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga menerima segala bentuk komen di media sosial berhubung konflik yang tercetus dengan hati yang terbuka.

Sumber: Astro Gempak