Seekor paus sperma ditemua mati terdampar di pantai Murcian, Selatan Sepanyol Februari lalu menandakan betapa kritikal lautan telah dicemari dengan sampah plastik.

pontianak.tribunnews.com

El Valle Wildlife Rescue Center mengesahkan bahawa ikan paus tersebut mati akibat kejutan gastrik pada perut dan ususnya selepas gagal mencerna plastik tersebut.

Bedah siasat yang dibuat juga menemui beg plastik, jaring, guni plastik mahal botol juge ditemui di dalam perut dan usus haiwan malang tersebut.

Paus sperma jantan seberat 6 tan dan sepanjang 10 meter merupakan spesis terancam yang dilindungi di bawah Akta Konservasi Spesis Terancam di Amerika Syarikat (AS) mempunyai jangka hayat sama dengan manusia secara purata 70 tahun.

Kerajaan tempatan Murcia melancarkan kempen menentang pembuangan plastik ke dalam laut berikutan kes penemuan bangkai paus. Kira-kira dua tahun lepas, sekumpulan ikan paus sperma sebanyak 13 ekor ditemui mati disebabkan punca yang sama.

Sumber: Forbes