Pasangan Dr Suhaimi Abd Latif dan Dr Noraesieh Md Amin tidak sangka melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsah (PhD) Kejuteraan di Massey University New Zealand pada tahun 2005 telah menjadi sebab pasangan ini menetap dan bekerja sekaligus menubuhkan Akademi Quran New Zealand.

Segalanya bermula apabila pasangan ini mengadakan kelas pengajian al-Quran yang diadakan di rumah buat empat anaknya dan dua anak rakan di Malaysia. Tujuannya mereka adalah untuk memupuk kecintaan terhadap al-Quran kepada anak-anak serta merperkukuhkan jati diri seorang Islam sebagai panduan hidup.

Usaha murni pasangan doktor ini telah disambut baik dan terdapat sebuah keluarga besar Melayu dari Cape Town, Afrika Selatan berminat untuk medaftarkan diri dalam akademi ini. Bermulanya di rumah, pasangan ini telah meluaskan dakwah pengajian al-Quran ke surau Massey University New Zealand bagi menerima lebih ramai pelajar. Mereka juga telah meluaskan akademi mereka dengan menubuhkan dua lagi akademi di negara tersebut.

Berdasarkan perkongsian di Harian Metro, jumlah pelajar Akademi Quran New Zealand kini berjumlah 30 orang dimana para pelajar terdiri daripada mereka yang berusia empat tahun sehingga 60 tahun daripada pelbagai negara. Selain itu, akademi ini juga mengumpul sebanyak tujuh sukarelawan dimana dua daripada adalah penuntut dari Malaysia yang menjadi tenaga pengajar di akademi tersebut.

Akademi pembelajaran al-Quran ini mulai ditubuhkan oleh isterinya, Dr Norasieh Md Amin pada 2016 setelah melihat sambutan penduduk Muslim sekitar New Zealand yang positif. Selain menggalas tanggungjawab sebagai pendakwah, si suami ini juga bertugas sebagai pensyarah kanan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Otago Polytechnic, Dunedin, New Zealand.

Dalam usaha untuk mempunyai imam dan ulama daripada penduduk tempatan New Zealand, pasangan ini telah berusaha untuk bekerjasama bersama Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) bagi menghantar penuntut dari New Zealand bagi melanjutkan pelajaran di UIAM.

Berkongsi mengenai Hari Kemerdekaan Malaysia, Suhaimi selaku ketua keluarga berkata beliau tetap menitikberatkan soal nilai patriotik dalam jiwa anak-anaknya. Bahasa Melayu masih lagi menjadi bahasa utama di rumah dalam memastikan identiti anak-anaknya terpelihara.

Diharap usaha murni dalam meluaskan Akademi Quran New Zealand akan terus menerima sambutan yang memberangsangkan.

Sumber: The Vocket