Membuat sebuah filem pastinya menelan belanja yang banyak lebih-lebih lagi jika ia merupakan filem antarabangsa.

Namun, beberapa remaja dari negara ini berjaya mencuri perhatian pengarah filem antarabangsa The Avengers, Russo Brothers apabila membuat video parodi trailer Avengers: Infinity War baru-baru ini.

Walaupun kelihatan agak ringkas, tetapi kita harus mengakui kreativiti dan lakonan sekumpulan anak remaja tempatan ini agak bijak. Bayangkan mereka menggunakan bijirin Koko Krunch untuk satu babak dalam trailer tersebut!

Video parodi itu mendapat perhatian pengarah filem itu sendiri dan berkata, “Aiman, anda semua memang genius. Mahu mengarah Avengers 5?”.

Malah, ramai yang memberi sokongan kepada Aiman dan rakan-rakannya selepas menonton video parodi itu. Kreatif sungguh rakyat Malaysia hingga berjaya dikenali di seluruh media sosial antarabangsa.

Sumber: Twitter Aiman Sany