Pengendali pakej umrah berdaftar, KURMA Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pakej dan pengisian menarik sempena umrah musim sejuk pada November ini. Pakej ini juga istimewa kerana akan turut disertai oleh lapan anggota kumpulan nasyid Rabani sendiri.

Menurut Dr Fathir Al-Haddad, rakan kongsi Kurma Travel & Tours Sdn Bhd, terdapat dua pakej umrah yang ditawarkan iaitu pakej Kurma Safawi dan pakej Kurma Ajwa.

“Pakej pada musim sejuk kali ini begitu menarik sekali. Kita bawakan kumpulan Rabbani sebagai ikon untuk bersama-sama jemaah umrah. Selain itu, pakej umrah ini akan membawa jemaah ke perkampungan Badwi bagi melihat suasana dan merasai pengalaman berada di padang pasir. Kita merupakan pengendali umrah pertama yang menawarkan aktiviti seperti ini,” katanya.

Beliau juga berkata, ketika kunjungan ke perkampungan Badwi jemaah akan merasai pengalaman menunggang kuda di padang pasir serta majlis makan malam barbeku.

Rabbani Sebagai Ikon

Gambar : Gempak

Dr Fathir berkata, pemilihan Rabbani bersesuaian dengan imej Islamik yang membuatkan kumpulan nasyid popular itu menjadi ikon dan yakin aura Rabbani dapat mendekatkan lagi umat Islam untuk bersama -sama melakukan ibadat di tanah suci.

“Pada tahun lalu, kita bawakan Pencetus Ummah Yop dan sambutan daripada jemaah amat memberangsangkan. Kali ini kita bawakan kumpulan Rabbani yang mempunyai aura yang lebih kuat, agar lebih ramai akan turut serta ke tanah suci untuk beribadah,” katanya yang mensasarkan 120 jemaah mengikuti pakej umrah musim sejuk tersebut.

Peluang Ibadah Lebih Selesa

Gambar : Stepfeed

Menurut Dr Fathir, kebanyakkan jemaah memilih bulan November untuk mengerjakan umrah kerana masa itu adalah musim sejuk. Jemaah akan merasa suasana sejuk dan nyaman membuatkan jemaah berasa selesa mengerjakan ibadah bersama keluarga.

“Keistimewaan musim sejuk dapat membantu jemaah umrah melaksanakannya dengan lebih selesa tanpa perlu bimbang akan cuaca panas kering dan penyakit demam serta batuk khususnya bagi mereka yang membawa anak kecil. Tambahan pula umrah musim sejuk bersamaan dengan jadual cuti sekolah. Ini memudahkan ibu bapa membawa anak-anak serta ahli keluarga bersama-sama,” katanya.

Pakej Lengkap

Gambar : Fmtours

Kurma Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pakej-pakej yang mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan. “Sebab itu kita terhadkan pakej umrah dua kali sebulan sahaja untuk memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan,” kata Dr Fathir.

“Mereka yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi kami dengan segera. Sehingga kini lebih 40 orang telah berdaftar. Pendaftaran hanyalah RM1,500 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan sebulan sebelum perlepasan,” katanya.

Selain daripada itu, jemaah umrah yang mengikuti pakej tersebut akan mendapat tiket kapal terbang Saudi Airlines kelas ekonomi, penginapan, makanan, pengangkutan berhawa dingin, selain kursus kepada jemaah.

Maklumat lanjut layari Kurma Travel atau hubungi talian 016-3329204 dan 013-2637436.

Sumber: Sinar Harian