Otak-otak merupakan makanan tradisional bagi rakyat negara ini dan anda boleh mendapatkannya di kebanyakan kedai makan dan pasar malam.

Gambar sekadar hiasan

Malah, otak-otak amat popular di beberapa buah negeri iaitu di Terengganu, Pahang dan Johor. Jadi, tidak hairan la kenapa ia amat digemari oleh rakyat Malaysia.

Bukan itu saja, otak-otak juga popular di Indonesia dan Singapura namun mempunyai perbezaan sedikit dalam bahan-bahan yang digunakan.

Untuk pengetahuan anda, otak-otak sebenarnya tersenarai dalam 11 makanan paling pedas di dunia oleh sebuah akhbar di Amerika Syarikat, lapor Insider Food.

Menurut laporan Insider, otak-otak dari Malaysia berbeza dengan Indonesia dan turut menerangkan bagaimana nama otak-otak itu dipilih.

Gambar sekadar hiasan

Mungkin ia tidak terlalu pedas untuk kita, tetapi bagi orang barat mungkin ia agak pedas memandangkan mereka tidak biasa makan makanan pedas.

Sumber: Insider Food