Jika sebelum ini KitKat perkenalkan perisa teh tarik, kini biskut kegemaran ramai, Oreo, pula mengeluarkan perisa wasabi dan kepak ayam pedas.

Difahamkan, Oreo memperkenalkan perisa terbaru itu melalui laman sosial Twitter, dengan menunjukkan dua gambar Oreo yang mempunyai krim berwarna oren dan hijau.


Ternyata perisa terbaru ini menggemparkan peminat Oreo kerana terkejut dengan pemilihan dua perisa tersebut. Sebelum ini, Oreo pernah mengeluarkan perisa edisi terhad seperti beri biru, mentega kacang, teh hijau dan coklat gelap.

Walau bagaimanapun, kedua-dua perisa terbaru ini hanya dikeluarkan di pasaran negara China sahaja. Jangan risau, anda boleh beli perisa unik ini di laman web eBay selepas ia dilancarkan pada hujung bulan lepas.

Sumber: Rojak Daily