Isu peha melimpah masih belum reda menjadi buah mulut netizen Malaysia. Pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Kak Zai dikecam teruk selepas mengeluarkan kenyataan berat badan 60 kilogram tidak layak untuk ke fashion show.

Selain netizen, golongan selebriti, make up artist dan juga pereka fesyen yang pernah bekerjasama dengan Zaihani juga memberikan komen masing-masing.

Namun, Michael Ang, pengarah terkenal, mengambil kesempatan untuk melancarkan koleksi pilihan raya 2018 miliknya khas untuk golongan plus size ketika isu ini sedang hangat diperkatakan.

IG Vurli

Kesemua model yang beraksi di pentas catwalk berbadan gempal dan dia cuba membuktikan bahawa berbadan gempal bukan sahaja boleh menghadiri fashion show, malah boleh beraksi setanding dengan model lain di atas pentas catwalk.

Sumber: mStar