Setiap orang pasti ada impian yang mahu dicapai bila sudah tiba masanya atau berkemampuan untuk merealisasikan impian anda menjadi kenyataan.

Seorang pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) kudung kedua-dua kaki, Azrulkhan Hasrullah atau lebih dikenali sebagai Adam, telah memulakan misi untuk menawan kem induk Everest yang berketinggian 5,350 meter dari aras laut.

Misi itu turut disertai dan diketuai oleh ketua perubatan iaitu Aliff Abdullah dan Irwan Yusof selaku pengurus ekspedisi bersama jurulatih Adam, Ardi Dullam.

Malah, penaja ekspedisi Adam, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin juga sudah menjalankan ujian kecergasan terhadap Adam melalui Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) untuk melihat tahap persediaan dia sebelum memulakan misi.

“Apa pun peluang dan ruang sudah pun saya berikan. Semoga dia dan pasukan selamat mendaki dan selamat menjejakkan kaki di kem induk Everest nanti. Sama-sama kita doakan,” tambah Qobin.

Sumber: Harian Metro