Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tragedi pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang, mengesan satu objek dipercayai bangkai pesawat itu hari ini.

Laporan televisyen tempatan memetik Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto, berkata pasukan SAR yang menggunakan teknologi sonar mengesan objek tersebut di satu koordinat di perairan berkenaan.

“Belum diyakini (bangkai pesawat), saat ini (kami) telah fokus satu titik (koordinat), apa yang diduga (dipercayai) adalah bahagian JT610 (pesawat Lion Air),” katanya.

Difahamkan, operasi pencarian 24 jam itu yang melibatkan anggota tentera, polis serta Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) menggunakan 35 kapal, tiga helikopter serta tiga pesawat selain pasukan penyelam.

selangorkini.my

Malah operasi pencarian turut menggunakan peralatan canggih seperti pemerum gema berbilang alur, sonar dan kenderaan kawalan jauh (ROV) bagi mengesan bangkai pesawat.

Sumber: mStar