Nubhan Ahamad, seorang penyanyi yang mula dikenali ketika memasuki Akademi Fantasi beberapa tahun lalu, mengambil risiko membawa isterinya yang dijangka bersalin bila-bila masa ke pelancaran single baru Selamat Jalan Cinta, pada Khamis lalu.

Nubhan berkata tarikh pelancaran sudah ditetapkan dan enggan mahu menundakan ke hari lain kerana mahu isteri, Dr Afifah Tawfek dan anaknya Aafiya turut berada di majlis berkenaan.

“Kalau diikutkan isteri dijangka bersalin hari ini. Setakat ini semuanya berjalan lancar dan kami sudah membuat persiapan sekiranya dia menunjukkan tanda-tanda bersalin,” katanya.

Menurut penyanyi itu juga, Selamat Jalan Cinta ciptaan Merak Bersyair merupakan lagu pertama selepas mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu.

“Oleh sebab itu, saya mahu isteri dan anak turut hadir di majlis pelancaran sebagai pembakar semangat kepada saya,” katanya. Nubhan juga berkata, dia masih belum mendapatkan nama sesuai untuk bayi lelaki yang bakal lahir.

“Isteri sudah bising mengenai perkara itu. Sebenarnya dia ada memberi senarai nama tetapi saya tidak berkenan. Saya lebih suka nama ringkas manakala isteri mahu nama moden,” katanya.

Sumber: Metro