Pelakon terkenal, Norman Hakim, berkongsi berita gembira iaitu dia telah pun khatam kitab suci Al-Quran, semalam.

View this post on Instagram

Tengah syok baca2 tiberrr eh?!Dah KHATAM!😅Alhamdulillah.Mmg tak perasan dah sampai last page (m/s 604) . . Yup saya pernah share sikit2 sekali dua sebelum ni yg saya paksa diri utk istiqomah baca Al-Quran 4 muka surat sehari (tak lama pun…4 muka surat,average adalah dlm 10 minit sehari).Semuanya bermula lepas raya aidilfitri tahun ni.Sbb diri ni selalu tertanya2 pada diri sendiri “Kenapa bulan Ramadhan je aku dpt rasa nikmat ibadah?Mana nikmat pada bulan2 lain selain dari waktu Tahajud & Dhuha?” . . Jadi Allah tolong bagi hidayah start baca Al-Quran walau bukan dalam bulan Ramadhan.Mmg mula2 kena paksa diri utk dapat nikmatnya.Bila dah start,ada hari2 yg tertinggal baca,masa tu mula rasa ‘kehilangan’,mula rasa ‘rindu’.Lepas tu nak lebih lagi,start baca ulasan taddabur pd setiap muka surat.Salah satu yg betul2 bagi ‘wake up call’ adalah Rasul kita Muhammad s.a.w yg Maksum pun bertaubat 100 kali sehari!😅Kita?Yg hadooo!Sekali sehari pun belum tentu.Dosa yg lepas belum tentu terampun,ditambah lagi dosa & maksiat skrg.Maksiat bukan sekadar perbuatan k,minda pun boleh bermaksiat!Jgn bohong kata tidak.Kita ni manusia,mana ada sempurna..Allahu😔 . . Back to the story,hmm..tgh fikir what’s next.Mungkin repeat 2 muka sehari tp nak taddabur setiap ayat?In shaa Allah.10 minit je kot.Takkan tak boleh Oman?Tengok h/p main PUBG berejam2 boleh?Eh?Hahhaha pecah rahsia! . . Doa2kan la supaya kita & anak2 generasi kita pun ‘mesra’ Al-Quran.Saya sebenarnya pun ikhlas cakap nak kena kejar anak2 balik sbb diorang dah kategori menghafal.Saya ni masa mula2 bertatih merangkak,skrg ada la laju sikit tp hanya hafal juzuk 30 je,tu pun hanya beberapa surah . . Sama2 doakanlah ye.Hidup dunia ni hebat cabaran.Lagi kita nak tingkat iman,lagi banyak ‘dugaan’.Lu fikirlah sendiri,masing2 punya diri apakah masing2 punya bentuk cabaran & dugaan . . Sekadar perkongsian,lebih kpd peringatan buat diri sendiri.Yg boleh terima,alhamdulillah…yg tak boleh terima,boleh blah…eh?!Kasarnya bahasa Oman…hahhaha gurau2🙏🏻Ampun maaf semua,but seriously sama2 kita seimbangkan dunia akhirat.Kejar dunia,akhirat tertinggal.Kejar akhirat,dunia kejar kita balik🤘🏻

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Dia berkongsi kegembiraan itu di akaun Instagram miliknya bersama pengikut dan peminatnya.

Menurutnya, pada awalnya dia cuba untuk memaksa diri membaca al-Quran sebanyak empat muka surat setiap hari.

“Tengah syok-syok baca, tiba-tiba eh? Dah khatam! Alhamdulillah, memang tak perasan dah sampai muka surat terakhir,” tulisnya.

“Ya saya pernah kongsi sedikit sebelum ini yang saya paksa diri untuk istiqamah baca Al-Quran empat muka surat sehari. Semuanya bermula lepas raya Aidilfitri tahun ini,” katanya.

“Sebab diri ini selalu tertanya-tanya kenapa bulan Ramadan je aku dapat rasa nikmat ibadah? Mana nikmat bulan-bulan lain selain dari waktu Tahajud dan Dhuha?,” soalnya.

View this post on Instagram

Repeat & restart🤘🏻Siapa nak join?Jom la jom.Kali ni mcm saya cakap semalam,saya nak baca 2 m/s je sehari instead of 4 m/s mcm sebelum.Sbb?Saya nak push diri istiqomah pulak utk baca tafsiran@taddabur sekali . . Kalau 2 m/s sehari,in shaa Allah dalam masa 302 hari@10 bulan akan khatam.Ni bukan soal nak khatam je,ni soal nak faham apa isi kandungan Al-Quran,bukan setakat baca shj (peringatan utk diri sendiri) . . So,ini kalilah saya nak ajak siapa nak join.Mana tau ada rezeki kita boleh buat majlis khatam sama2🕺Nak post ni pun saya dok fikir banyak kali,perlu ke nak bgtau yg kita ni baca Al-Quran?Perlu ke nak ajak?Perlu ke tu?Perlu ke ni?Tp saya terus tarik nafas & decided ‘ini kalilah’,kalau tak,bila lagi? . . Baca Al-Quran ni bukan nak kata kita ni baik,tp sbb kita ni banyak khilaf,banyak dosa & tak sempurnalah sbb tu kena paksa diri utk ambil,buka & baca.Nak pergi gym ke,nak main PUBG ke,nak karaoks ke,nak hangout ke,nak lepak mamak ke,nak layan make up kereta ke,pergi jelah.Takde siapa nak halang.Tp kita cuba seimbangkanlah dua2 kehidupan ni;antara duniawi & ukhrawi . . Tu je nak bgtau.Kalau rasa bermanfaat perkongsian ni,ikut je lah.Kalau rasa takde manfaat,boleh je waive.Hahhaha dah mcm cakap dgn anak2 pulak.Lebih kurang je pun apa yg saya cakap dgn diorang . . So,all the best.Nanti lagi 100 hari saya update lagi just utk follow up utk tanya siapa yg join saya 100 hari sebelum ok!Live life to the fullest!Peace no war!✌🏻

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

“Jadi Allah tolong bagi hidayah mula baca Al-Quran walau bukan dalam bulan Ramadan, memang mula-mula kena paksa diri untuk dapat nikmatnya,” jelasnya lagi.

Selain itu, para pengikut Norman di laman sosial itu turut mengucapkan terima kasih kepada Norman kerana  berkongsi contoh yang baik untuk diikuti oleh mereka.

Sumber: Gempak