Ramai yang sedia maklum bahawa anak sulung pelakon terkenal, Norman Hakim, terpilih melanjutkan pelajaran Mekke Kuran Kursu, Isparta, Turki, sejak awal bulan ini.

Menurut Norman, dia berpesan kepada anaknya, Mohamed Danish Hakim, 15 tahun, supaya tidak berhenti berdoa dan sentiasa istiqomah.

IG Norman Hakim

“Jangan lelah untuk berdoa. Terus istiqomah. Ia senjata ‘terkuat’ kita sebagai mukmin. Mohon terus mendoakan sesama kita. Saya yakin ada antara sahabat di sini yang doanya khasyaf di sisi Allah,” tulisnya di ruangan caption gambar screenshot perbualannya bersama Danish di laman Instagram.

“Doakan abang kuat dan ‘firm’. Jangan lupa juga doakan agar abang pulang ke tanah air nanti dengan kejayaan yang besar,” pinta Danish.

Semoga anak Norman Hakim membawa pulang kejayaan ke tanah air apabila pengajiannya tamat kelak. Good luck, Danish.

Sumber: Harian Metro