Penyanyi terkenal, Nora Ariffin, mendedahkan hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pakar perubatan pada jenazah anaknya yang baru saja meninggal dunia baru-baru ini, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan, tidak menemukan sebarang petunjuk yang pelik.

Menurutnya, analisis doktor juga tidak menunjukkan arwah mengalami sebarang masalah serius. Malah, saluran darah arwah turut berada dalam keadaan baik semasa kejadian.

Walau bagaimanapun, doktor akan terus membuat siasatan mendalam berdasarkan analisis yang diperoleh daripada jenazah allahyarham.

“Saluran darah arwah okay. Jantungnya dikatakan agak lemah dan gagal berfungsi sepenuhnya. Juga ada kemungkinan seperti membengkak,” jelasnya.

Selain itu, Nora turut menyatakan bahawa doktor memaklumkan jantung arwah Alif agak lemah.

“Namun, akhirnya saya redha dan percaya sudah sampai ajal Alif,” katanya sebak.

“Jika diikutkan, saya tidak mahu membenarkan bedah siasat dibuat ke atas Alif. Sama juga ketika suami, Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia, dua tahun lalu,” sambungnya.

“Namun, selepas membuat pertimbangan termasuk arwah masih muda dan meninggal dunia di rumah, saya mengikut prosedur polis dan saranan keluarga,” jelasnya.

“Saya juga tidak tahu apa yang terjadi ketika itu. Takut juga kalau arwah ambil ubat atau apa-apa yang memudaratkan,” katanya.

“Alhamdulillah, hasil siasatan, tiada apa yang pelik timbul (sebagai punca kematian). Saya berpuas hati dengan apa yang dilaporkan pihak hospital,” tambahnya.

Untuk pengetahuan anda, Alif merupakan anak kedua daripada empat beradik yang paling rapat dengan Nora menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya.

iluminasi.com

Allahyarham rebah dan tidak sedarkan diri sebaik tiba di rumah selepas menghantar Nora ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Sebaik selesai proses bedah siasat di Puat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), jenazah Allahyarham Alif dibawa ke Masjid Kampung Tunku untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam bukit Kiara untuk dikebumikan berdekatan dengan pusara arwah ayahnya.

Terdahulu, suami Nora, allahyarham Johan Nawawi yang juga komposer ternama tanah air meninggal dunia akibat serangan jantung pada 24 Mac tahun 2017.

Sumber: Gempak