Pelakon tempatan, Noorkhiriah, berkongsi pengalamannya ketika mula berhijab di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menurutnya, penghijrahan yang dibuat sangat ringkas tetapi ia bukan bermakna dirinya telah menjadi seorang yang baik.

“Asalnya saya tak pandai pun blow rambut, malah rambut gugur sebab baru bersalin anak kedua,” ujarnya.

“Lepas tu main-main je sarung tudung, lama-lama jadi best sebab rasa kepala dilindungi. Malah, rupanya ramai yang mendoakan,” jelasnya.

“Benda baik bukan mudah nak dapat. Manisnya lambat, onak pula bersepah. Paling utama hijrah hati, Insya-Allah yang lain pasti akan berhijrah. Semoga berjaya,” katanya.

Selain itu, dia turut berpesan kepada mereka yang mahu atau baru berhijrah agar bersabar dengan dugaan yang bakal dihadapi.

Sumber: Gempak