Berikutan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba pada bulan Ogos nanti, Kementerian Pengangkutan (MOT) memperkenalkan siri nombor pendaftaran khas MALAYSIA kepada orang awam di mana ia boleh mula dibida pada awal bulan depan.

“Bidaan akan dibuka kepada awam mulai 2 hingga 16 Julai depan. Keputusan tawaran diumumkan pada 23 Ogos,” kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

kosmo.com.my

Menurutnya, bidaan tersebut akan diuruskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana jabatan itu akan menguruskan semua tawaran bidaan nombor pendaftaran istimewa selepas ini.

Tambahnya, Kementerian Pengangkutan turut berhasrat untuk memberi nombor pendaftaran Malaysia 2020 kepada Perdana Menteri sejajar dengan ilham Wawasan 2020 yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menjadi Perdana Menteri keempat dulu.

“Kita cadang untuk reserve nombor ini khas untuk Mahathir, namun terpulang kepadanya untuk menerima atau tidak,” ujarnya.

Di samping itu, dia menjangkakan hasil bidaan nombor plat istimewa itu akan mendapat hingga lebih RM20 juta kerana ia adalah edisi terhad yang akan dibuka sekali sahaja.

“Kita harap ia dapat menambah hasil pendapatan kerajaan,” katanya yang berharap agar dapat melihat sejauh mana siri nombor plat MALAYSIA boleh meningkatkan hasil kerajaan.

Sumber: mStar