Penyanyi Hujan Band, Noh Salleh, 34 tahun, sudah sembilan tahun berkahwin dengan Mizz Nina, 39 tahun, meminta pihak media dan industri seni agar mengeluarkan video serta gambar lama isterinya yang menampakkan aurat.

Menurutnya, mereka telah berjumpa dengan pihak berkenaan untuk mengeluarkan video lama Mizz Nina daripada bersiaran.

“Nina dah berusaha ketengahkan perkara ini dengan beberapa pihak. Tapi mengikut kata gurunya, jika dia dah berusaha tapi orang masih lagi memuat naik di internet, itu dikira luar kawalannya,” katanya.

bharian.com.my

Kini, Noh lebih mengutamakan kehidupannya bersama Mizz Nina berbanding perkara lain termasuk karier nyanyiannya.

Walau bagaimanapun, dia akan menghasilkan dua lagu yang ditulis khas untuk isteri tercinta dan akan melancarkan single pada hari lahir Mizz Nina pada 1 Julai nanti. Alahai sweetnya Noh!

Sumber: Harian Metro