Pasangan suami isteri, Noh Salleh dan Mizz Nina sentiasa dijadikan idola oleh para peminat yang mahu menjadi seperti mereka selepas melihat kesungguhan pasangan ini dalam membuat kebaikan.

Berubah ke arah yang lebih baik, pasangan ini dilihat begitu bahagia dengan kehidupan mereka selain selalu memberi nasihat berkaitan agama.

Melalui satu video di atas, Noh dan Mizz Nina berkongsi kisah perkahwinan mereka yang sudah menjangkau usia lapan tahun perkahwinan dengan para peminat melalui saluran DOPS Tv di Youtube.

Anda boleh lihat video tersebut untuk mengetahui bagaimana mereka berjumpa dan bagaimana mereka memahami antara satu sama lain serta pengalaman yang dilalui setelah bergelar suami isteri.

Sumber: DOPS Tv