Pengacara dan usahawan popular, Neelofa, 31 tahun, menyatakan sejak dia mula mengenakan niqab atau purdah pada bulan lalu, niatnya itu disalah anggap segelintir pihak yang menganggap penghijrahan dirinya itu sebagai strategi pemasaran perniagaannya, Naelofar.

IG @neelofa

“Niqab yang saya pakai hanya dibuat untuk saya, bukan untuk dijual. Saya tak mahu ada salah faham dan cerita kurang enak sebab saya berniqab,” ujarnya.

Sebelum ini, dia yang mempunyai program sendiri, Next To Neelofa, menjelaskan bahawa tidak pernah terfikir untuk mengenakan niqab memandangkan kecantikan menjadi pilihan utama kaum wanita.

IG @neelofa

Walau bagaimanapun, dia sanggup mengorbankan perkara paling disukai itu walaupun keputusan dibuat bukannya mudah selepas mengetahui ganjaran yang bakal diperoleh.

Selain itu, Neelofa yang dikatakan dirisik Pencetus Ummah, Haris, atau lebih dikenali sebagai PU Riz, baru-baru ini menafikan penghasilan perisa mangga untuk jenama susunya dibuat istimewa buat pendakwah bebas itu.

IG @neelofa

“Perancangan ini adalah aturan Allah SWT, bukan saya. Secara kebetulan, ada satu majlis yang berlaku pada masa produk ini dilancarkan. Ia datangnya daripada pihak yang lain, bukan saya. Apa yang menarik, Haris lagi suka susu pisang daripada mangga,” jelasnya.

Difahamkan, perisa terbaru itu menggunakan tanda palang #semaniscintapertama membuatkan ia dikaitkan dengan desas-desus hubungan mereka.

Sumber: Harian Metro