Jarang sekali anak muda zaman sekarang mahu membuat kebaikan terhadap orang yang susah dan tidak dikenali. Baru-baru ini tular video mengenai seorang anak muda lelaki memandikan seorang gelandang yang duduk berdekatan dengan kawasan bangunan kedai tempat dia bekerja di Taman Tasik Permaisuri, Cheras.

Remaja tersebut, Muhammad Muaz Azim Jalil, 18 tahun, berkata dia memang sudah mengenali pakcik sudah berumur itu kerana sentiasa berada berhampiran kawasan bangunan kedai tersebut.


“Semalam (Isnin) ketika waktu rehat tak tahu nak buat apa, saya panggil pakcik tu dan beri makanan. Dalam masa sama saya dapat lihat badannya yang kotor,” ujarnya yang berhasil memujuk pakcik itu untuk mandi.

“Beberapa kawan lain juga turut membantu membuka pakaiannya. Saya terus mandikan dia, gosok belakang, buang kotoran di kaki dan seluruh badannya,” jelasnya.

Berikutan itu, ramai yang memuji tindakannya memandikan pakcik gelandangan itu serta turut mendoakan yang terbaik untuk remaja tersebut.

“Saya dan kawan-kawan saya hanya membantu apa yang mampu dan kalau nak bagi wang ringgit, memang tak ada. Yang penting kena ikhlas,” katanya.

Sumber: mStar