Semalam kecoh di media sosial apabila Tengku Mahkota Johor (TMJ) berbesar hati menanggung perbelanjaan rakyat membeli keperluan asas di pasaraya Aeon Tebrau di Johor Bahru.

Sungguh beruntung rakyat Johor kerana mereka diberi peluang membeli-belah sehinnga RM 3,000 seorang. Tapi tawaran tersebut hanya dibuka sehingga pukul 8 malam tersebut.

Apa agaknya terjadi dengan barangan yang tak sempat dibayar? Troli dibiarkan bersepah, lantai dalam keadaan yang kotor. Keadaan di Aeon Tebrau semalam tak ubah macam diserang zombie.

TWITTER AINIE HAZIQA

Selain itu, Nurainie Haziqah turut berasa sedih dengan tindakan pengujung di Aeon Tebrau semalam. ‘Kalau kita nak bantu mereka yang susah, kita bantulah sebaik mungkin. I have met so many families susah yang kiranya nak keluar rumah pun tak mampu. Some live with only BRIM, JKM or Zakat Money. Please don’t insult our poor people. Truly sad’, ujarnya.

Kalau anda merupakan salah seorang yang bertuah dibelanja TMJ semalam, jangan lupa berkongsi rezeki dengan yang lebih memerlukan. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Sumber: Ainie Haziqa