Negeri Selangor mengaktifkan semula Inisiatif Penjagaan Anak Fronliner Covid19(iPAF) menerusi penyediaan taska tambahan untuk anak-anak petugas barisan hadapan dalam negeri Selangor semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menyatakan inisiatif itu bagi membantu melancarkan operasi petugas barisan hadapan dalam memerangi penularan Covid19 terutamanya kakitangan hospital.

“Antara lokasi taska tambahan ini adalah di Hospital Sungai Buloh, Hospital Banting, Hospital Selayang, Hospital Kajang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Hospital Shah Alam,” ujarnya.

“Selain itu turut dijalankan taska tambahan ini di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK Selangor) dan Bangunan Darul Ehsan,” jelasnya.

Menurutnya, kesemua taska tambahan berkenaan terbuka untuk kegunaan kakitangan perubatan sahaja.

Selain itu, taska tambahan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Bangunan Darul Ehsan pula boleh dimanfaatkan oleh semua petugas barisan hadapan lain termasuk anak-anak anggota Polis Diraja Malaysia(PDRM) serta Angkatan Malaysia(ATM).

“Semoga inisiatif kerajaan negeri ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan para petugas baris hadapan yang berkorban menyabung nyawa demi melandaikan keluk wabak Covid19,” sambungnya lagi.

Sumber: Sinar Harian