Kita sering melihat Neelofa di program hiburan Meletop atau majalah-majalah fesyen tempatan. Mengenai lakonan pula, Neelofa Mohd Nor Noor atau lebih senang dipanggil Lofa mengatakan dia bakal kembali berlakon.

Menurutnya, dia akan cuba mencari peluang untuk berlakon di negara jiran, Indonesia. Selain itu juga, Lofa juga dikatakan bakal mengeluarkan terjemahan Al-Quran versi digital yang menggunakan suaranya sebagai suara latar.

Dia juga memaklumkan bahawa dia akan memulakan rakaman sebelum berangkat menunaikan ibadah haji bersama ibu dan dua orang adik lelakinya pada 4 Ogos ini.

Lofa menjangkakan akan menyempurnakan projeknya itu sebelum bulan Ramadan tahun hadapan, katanya semasa ditemui ketika pelancaran program Naura Shares edisi Haji yang berlangsung di mmCineplexes @ E-Curve, Damansara, Kuala Lumpur.

Selain Neelofa, turut hadir pada majlis tersebut ialah Atu Zero, Adam Corrie serta pasangan yang mencipta rekod apabila menjelah dari Malaysia ke Tanah Suci Mekah selama 15 bulan, iaitu Ahmad dan Adilah.

Sumber: Awani