Sejak kebelakangan ini isu mengenai produk minuman susu pisang terbaru keluaran pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa, tular di laman sosial.

Malah, terdapat risalah yang menyatakan bahawa susu pisang jenama Nilofa itu dikatakan baik untuk kesihatan.

Berikutan itu, Neelofa tampil menjelaskan kekeliruan yang berlaku di samping dakwaan ‘over claim’ mengenai produk terbarunya itu.

“Ketika awal perjumpaan saya dengan pihak kilang dan team saya, sudah saya tekankan yang saya tak mahu produk yang mempunyai formulasi untuk kecantikan dan kesihatan,” ujarnya di akaun Instagram Nilofa.

“Bukan produk merawat, menguruskan, mencantikkan, memutihkan. Saya tak nak beri fokus terhadap produk sebegitu. Saya mahu meletakkan ia sebagai ‘lifestyle product’ yang boleh diminum setiap hari,” jelasnya.

“Syarikat yang ditubuhkan untuk mengendalikan Nilofa tak ramai pekerja, jadi kami menggunakan tenaga pekerja ‘out source’ untuk menguruskan operasi, pemasaran dan penjenamaan,” katanya.

“Pada hari persidangan terbabit, semua dapat risalah tentang khasiat susu pisang. Sememangnya risalah itu tidak mendapat rujukan dan pengesahan daripada kilang ataupun ibu pejabat,” sambungnya.

“Kalau saya tahu mengenai risalah terbabit, sudah pasti saya akan menghentikannya. Saya dah berbincang dengan agensi pemasaran untuk berjaga-jaga selepas ini bagi mengelakkan isu seperti ini berulang,” tambahnya lagi.

Selain itu, dia turut menafikan dakwaan surat khabar yang menyatakan susu pisang Nilofa terbabit dengan rampasan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan.

Sumber: Gempak & IG nilofa.hq