Neelofa dan Dato Hans Isaac antara selebriti yang bergabung tenaga menjayakan kempen ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ di media sosial.

mstar.com.my

Neelofa memberitahu kempen tersebut dilancarkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penyebaran maklumat palsu dan fitnah yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Antara artis yang turut hadir bagi menjayakan kempen itu termasuk Nora Danish, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Noor, Atilia Haron, Afdlin Shauki dan Shahrol Shiro.

mstar.com.my

Neelofa juga berkata idea untuk mengadakan kempen itu muncul selepas dia berbual-bual dengan keluarga dan rakan selebriti mengenai tindakan buli siber di media sosial yang semakin menjadi-jadi.

Semoga dengan pelancaran kempen ini, kes buli siber dapat ditangani.

Sumber: mStar