Umat Islam bakal menyambut Aidiladha pada bulan Ogos ini, usahawan dan selebriti popular tanah air, Neelofa, bakal melancarkan aktiviti pertama di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa iaitu Qurban Kasih Neelofa.

Menurutnya, program itu dibuat bagi memberi peluang kepada individu yang ingin melaksanakan ibadah korban dengan mudah di samping memberi ilmu pengetahuan kepada orang ramai mengenai proses melaksanakan ibadah korban secara berhemah dan betul.

“Menerusi program Qurban Kasih Neelofa ini, kami berharap agar dapat memudahkan proses golongan yang ingin melaksanakan ibadah korban,” ujarnya.

“Menerusi program ini juga, kami berharap ia dapat menambah ilmu orang ramai kepentingan dan kebaikan ibadah korban dalam kalangan umat Islam,” jelasnya.

Tambahnya, banyak aktiviti sudah diatur dan berharap segala program yang dijalankan bagi memberi kepada masyarakat dipermudahkan urusan.

“Banyak aktiviti lain yang dirangka Pertubuhan Kasih Neelofa, tetapi, kami akan umumkan satu persatu pada masa akan datang,” katanya.

“Bukan mudah untuk menguruskan pertubuhan, lebih-lebih lagi yang membabitkan wang kebajikan dan derma daripada orang ramai. Ia adalah satu amanah yang sangat besar,” sambungnya lagi.

“Saya berharap orang ramai memberikan kepercayaan kepada saya dan sama-sama menjadikan Pertubuhan Kasih Neelofa ini sebagai platform untuk semua,” katanya.

Sumber: Harian Metro