Nasi ayam adalah di antara makanan yang menjadi kegemaran ramai. Nasi ayam selalunya berharga di dalam lingkungan RM 5 ke RM 7. Tetapi, kedai ini menjual nasi ayam dengan harga RM 1 sahaja!

Pengurus Cemara Urban Restaurant, Norhidayat Jamal, mengatakan bahawa beliau hanya ingin berkongsi rezeki. Katanya idea ini terlintas bagi memastikan semua orang dapat menikmati nasi ayam dengan harga yang murah serta membantu golongan berpendapatan rendah terutamanya pelajar.

Promosi yang bermula Mac lalu ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan. “Dulu kami pernah mengadakan promosi seperti ini dan kami terpanggil untuk berkongsi rezeki kepada golongan kurang berkemampuan pada harga tak masuk akal ini. Saya ada formula tersendiri bagi memastikan harga nasi ayam masih menguntungkan.”

Cemara Urban Restaurant ini dibuka dari pukul 11 pagi sehingga 1 pagi dan promosi nasi ayam RM 1 terhad kepada 500 pelanggan terawal sahaja. Promosi itu juga terhad kepala pelanggan yang makan di restoran sahaja.

Menurut Norhidayat, pelanggan jarang bungkus makanan tetapi mereka lebih gemar untuk makan di restoran kerana lebih berbaloi. Apa yang menggembirakan pelanggan ialah kuantiti dan kualiti bahan nasi ayam tidak dikurangkan!

Selain nasi ayam ini, restoran ini juga menjual ketam telur masin, udang nestum, sotong keju, nasi goreng cemara, dan mi bandung ketam nipah.

Lokasi: 51, Lembah 18, Bandar Seri Alam, 817500 Masai, Johor Bahru.
Waktu Operari: Setiap hari
Cawangan: Berdekatan Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam dan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) cawangan Johor.

Sumber: Lobak Merah