Jika sebelum ini kisah rendang tak crispy tular di seluruh dunia kerana dikritik oleh seorang chef British dan pengacara Masterchef, John Torode, dan kini isterinya pula mengundang kemarahan rakyat Asia dengan berkongsi resepi Nasi Ayam Hainan yang salah.

Lisa Faulkner yang juga seorang chef selebriti dan pelakon itu berkongsi resepi berkenaan di dalam sebuah majalah tempatan serta dikongsi semula oleh pihak media, The Guardian Lab, di media sosial.

Nasi Ayam Hainan yang sebenar

Berikutan itu, dia telah menerima pelbagai kritikan daripada pembaca Asia. Nasi Ayam Hainan yang sebenar adalah satu hidangan nasi yang dimasak bersama bawang, halia dan sebagainya, serta dihidangkan bersama ayam kukus.

Namun, Nasi Ayam Hainan dibuat oleh Lisa adalah jauh beza sama sekali. Antara komen diterima mengenai resepi tersebut adalah bahan-bahan betul yang digunakan serta definisi Nasi Ayam Hainan yang sebenar.

Disebabkan itu, peminat nasi ayam itu sangat kecewa dengan Lisa kerana memasak Nasi Ayam Hainan dengan cara yang salah.

Sumber: The Vocket & The Guardian Lab