Pihak Pos Malaysia telah mengesahkan mengenai dakwaan caj pemprosesan tambahan RM5 untuk memperbaharui cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, caj tambahan akan dikenakan bermula 15 Oktober depan dan hanya dikenakan terhadap pelanggan korporat sahaja.

Gambar sekadar hiasan

“Notis itu ditujukan kepada pelanggan korporat seperti wakil bank, syarikat kewangan, insurans atau takaful, syarikat jualan kereta baru dan terpakai,” katanya.

Namun begitu, tiada caj tambahan akan dikenakan bagi pelanggan individu yang mahu memperbaharui cukai jalan atau LKM.

Notis pemberitahuan tersebut tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter, Ahmad Sudin, memuatnaik notis berkenaan di laman sosial termasuklah Instagram.

Selain itu, Pos Malaysia turut memaklumkan kadar produk dan perkhidmatan Pos Laju kekal seperti sedia kala walaupun selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Sumber: Berita Harian