Dalam masa beberapa hari saja lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Gambar sekadar hiasan

Namun, berbeza pada tahun ini kerana kita bakal menyambut bulan penuh mulia ini dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang kini telah pun memasuki fasa ketiga bagi membendung penularan COVID-19.

Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan telah memberi peringatan orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung dalam tempoh PKP fasa tiga dilaksanakan.

Malah, e-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu serta ‘bungkus dan ambil’ makanan juga tidak dibenarkan.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, Menteri Kanan(Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan bahawa polis akan menambah sekatan jalan raya di seluruh negara bagi memastikan kawalan pergerakan dapat dipertingkatkan oleh kerana terdapat desas-desus orang ramai yang mahu pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan.

Sebanyak 11 penjara sementara bagi tahanan ingkar PKP akan mulai beroperasi pada 23 April ini, iaitu sehari sebelum tarikh jangkaan umat Islam menyambut Ramadan.

Berikutan itu, orang ramai diberi pilihan sama ada mahu menyambut Ramadan dengan selesa di rumah atau mahu merasakan kelainan tahun ini dengan menyambutnya di penjara. Buatlah keputusan dengan bijak. #StayHome

Sumber: Astro Awani & Bernama