Kadangkala kita sudah jaga sehabis baik pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat tetapi badan sukar untuk kurus terutama bahagian kaki atau peha.

Setiap orang mempunyai tempoh masa yang berbeza untuk kurus atau mengurangkan berat badan. Tetapi, anda boleh cuba minum teh herba cina yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini.

Menurut Nur Airiz Faudzan, teh herba cina tersebut mudah disediakan dengan membeli bahan-bahan di kedai herba cina seperti di dalam gambar.

Tambahnya, jika anda mahu rasa lebih segar dan wangi, anda boleh keringkan serai sendiri dan kemudian buat uncang teh banyak-banyak untuk stok beberapa hari mengikut kuantiti bahan yang ada.

Mesti wangi teh herba cina ni! Ada serai, bunga melati, bunga ros dan rosemary. Kalau anda mahu minum, hanya perlu rendam uncang ke dalam gelas menggunakan air panas dan minum seperti biasa. Selamat mencuba!

Sumber: Fb Nur Airiz Faudzan