Selepas seminggu raya, mesti ada yang sudah bosan makan makanan raya seperti lemang, ketupat, rendang, kuah kacang dan sebagainya.

Malah, ada di antara kita yang mengeluh kerana berat badan naik gara-gara tidak menjaga makan sejak menyambut Hari Raya Puasa ini.

Nak makan sedap dan sihat? anda boleh cuba resepi bihun celup Thai ini kerana ia akan membantu anda makan secara sihat tetapi sedap.

Bahan

1kg tulang lembu berdaging
4 ulas bawang putih (dimayang halus)
4 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)
1 batang serai
2 batang daun ketumbar (ambil bahagian akar sahaja)
Sos ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya

Rempah:
4 ketul bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 ketul bunga lawang
3 biji buah pelaga

Hiasan/Sampingan:
Bihun (rendam & celur)
Hirisan ayam rebus
Bawang putih digoreng dengan minyak chilli flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh (dicelur)
Kangkung (dicelur)
Limau nipis

Cara-cara

– Rebus tulang hingga empuk dan ketepikan.
– Panaskan minyak, bahan rempah penumis dengan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
– Kemudian, masukkan tulang yang direbus tadi bersama air rebusan. Tambah air secukupnya.
– Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih.
– Masukkan sos ikan, gula kabung serta garam.
– Matikan api.
– Hidangkan bihun ke dalam mangkuk dan semua bahan sampingan sebelum tuang kuah sup.
– Siap! 😉

Sumber: Rasa