Hari ini dikatakan kecoh mengenai berita bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dibenarkan ke luar negara oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

“Jabatan Imigresen Malaysia ingin mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor baru sahaja disenarai hitamkan dari keluar negara,” tulis pihak imigresen di akaun Facebook mereka hari ini.

Fb Jabatan Imigresen Malaysia

Pengumuman itu dilakukan selepas Najib memberitahu mahu bercuti di luar negara untuk berehat seketika bersama keluarga pada pagi ini.

malaysiakini.com

Selain itu, Najib menjelaskan akan membuat keputusan mengenai kedudukannya sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional di atas kehilangan sokongan rakyat terhadap parti itu pada PRU14 baru-baru ini.

“Sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan pilihan Raya Umum ke-14,” ujarnya.

Sumber: mStar