Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diwakili oleh tujuh peguam bela yang diketuai oleh peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.

Pasukan pendakwaan pula diketuai oleh Peguam Negara, Tommy Thomas, dan dibantu oleh 11 Timbalan Pendakwa Raya dalam prosiding pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi ini.

Difahamkan, Najib dibawa masuk ke dalam Mahkamah Sesyen Jenayah 2 pukul 8.25 pagi tadi sebelum pasukan pendakwaan menyusul pada pukul 8.40 pagi.

Pasukan pendakwaan

Tommy Thomas

Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria

Manoj Kurup

Datuk Shuhaimi Ibrahim

Datuk Umar Saifuddin Jaafar

Datuk Ishak Mohd Yusof

Donald Joseph Franklin

Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi

Budiman Lutfi Mohamed

Sulaiman Kho Kheng Fuei

Mohd Ashrof Adrin Kamarul

Muhammad Izzat Fauzan

Pasukan peguam bela Najib

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Harvinderjit Singh

Datuk Raj Krishnan

Farhan Read

Rahmat Hazlan

Muhamad Farhan Muhamad Shafee

Syahirah Hanapiah

Sumber: Harian Metro