Nama kuih Kuba Guling tiba-tiba meniti di bibir orang ramai berikutan penularan kuih tradisional yang berasal dari Pantai Timur itu.

Ramai yang tertanya-tanya apakah rasa kuih Kuba (Kerbau) Guling ini? Kami kongsikan resepi kuih unik ini untuk anda cuba buat sendiri di rumah:

Bahan

250gm tepung beras
200gm gula
150gm tepung jagung
1/2 sudu makan kapur
3 sudu tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat

Tempurung bakar(ambil air hitam sahaja & tapis serta pastikan tempurung yang bersih)
Air 1 liter lebih (tengok kepekatan)
Sedikit pewarna hitam (tambahan)
Secubit garam

Cara-cara

– Masukkan semua bahan ke dalam kuali.
– Kacau biar sebati dahulu baru buka api.
– Lepas semua sebati, pastikan kacau dan buka api sederhana.
– Kacau hingga likat.

– Sediakan loyang bersaiz lapan dan sapukan minyak serta tuangkan adunan yang sudah siap tadi.

– Bila dah sejuk, potong dan gulingkan kuih ke dalam kelapa parut (muda) yang telah digaul dengan sedikit garam.
– Selamat mencuba! 😉

Sumber: Fb Resepi Meletop & Fykaaschaa Kaka