Setelah hampir satu dekad menceburi bidang hiburan, pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad, mahu membawa peminat bertuah untuk menunaikan umrah bersamanya di Tanah Suci Mekah awal Ramadan ini.

Ia sebagai tanda penghargaan daripada dirinya kepada peminat yang telah lama menyokongnya sejak bergelar juara Raja Lawak musim kedua.

rotikaya.com

Menurutnya, dia mahu berkongsi rezeki yang diperolehi dengan membawa peminat bersama-sama puasa di Mekah pada bulan Ramadan nanti.

“Untuk mereka yang berminat, boleh menghubungi 019-3716252 dan melayari laman Facebook dan Instagram dengan menggunakan kata kunci @myumrahstory,” katanya.

mstar.com.my

Dia akan mengumumkan perkara itu dengan lebih jelas dan terperinci pada 24 Mac nanti sempena majlis meraikan ulang tahun ke-10 penglibatannya dalam bidang hiburan.

“Pastinya ramai yang tertanya, adakah saya akan membawa peminat secara percuma atau ada kos bayaran. Perkara itu akan saya umumkan di majlis tersebut,” jelasnya.

Tahniah Nabil kerana bermurah hati kongsi rezeki yang diperolehi dengan para peminat. Semoga murah rezeki dan sentiasa merendah diri seperti sekarang.

Sumber: Astro Gempak