Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Tan Sri Musa Aman, dipercayai telah keluar dari negara ini sebelum sekatakan keluar negara dikenakan terhadapnya.

Difahamkan, Musa Aman dikehendaki oleh polis dan agensi anti-rasuah selepas Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) Tun Juhar Mahiruddin membuat laporan polis dengan dakwaan ada kaitan tentang intimidasi jenayah terhadapnya.

thestar.com.my

Di samping itu, Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat permohonan supaya dia dihalang meninggalkan Malaysia. Tetapi, Musa Aman telah keluar negara sebelum sempat disenaraihitamkan.

Selain itu, pegawai SPRM telah pergi kedua-dua rumahnya di Kota Kinabalu dan Sandakan untuk membuat pencarian, tetapi peguam Musa Aman tidak mahu memberi kerjasama.

“Peguam-peguamnya memberikan kami kunci rumah, tetapi tidak mahu menemani kami dalam pencarian. SOP kami (prosedur operasi standard) memerlukan pegawai ditemani semasa carian. Oleh sebab itu, kami tidak memasuki premis itu,” ujar sumber tersebut.

Sebelum ini, Musa Aman dilihat kali terakhir ketika dalam penerbangan Malindo ke Kuala Lumpur pada 14 Mei serta dalam mesyuarat Umno dipengerusikan oleh timbalan presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 16 Mei lalu.

Sumber: mStar