Terbaru, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah(JKNS) mengesahkan terdapat satu kes positif Covid19 terbaru melibatkan seorang murid sekolah rendah di negeri itu pada Isnin lalu.

Gambar sekadar hiasan

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, menyatakan bahawa sampel daripada semua rakan sekelas serta ahli keluarga pesakit sudah diambil.

“Semua kontak juga kini sudah diarahkan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari,” ujarnya.

“Kita menasihatkan semua ibu bapa agar sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar mereka ke sekolah sekiranya ada sebarang simptom menunjukkan Covid19,” jelasnya.

Difahamkan, kes terbaru itu menjadikan jumlah kes Covid19 di negeri tersebut sebanyak 392 kes.

Diharap semua dapat mengamalkan penjarakan sosial dengan betul dan memakai penutup muka apabila berada di tempat yang ramai orang. #KitaJagaKita

Sumber: Harian Metro