MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri bermurah hati berkongsi tips berguna bagi menghadapi peperiksaan.
Kepada anak-anak pelajar yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), saya ucapkan selamat berjaya menduduki peperiksaan.
Sedikit tips menghadapi peperiksaan daripada saya:
pic.twitter.com/pBAc1eefvc— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) November 5, 2019
Beliau menerusi perkongsian ciapan Twitter hari ini turut mengucapkan selamat berjaya kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM).
1. Kurangkan ‘gangguan’ seperti telefon pintar, apa jua media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.
2. Lakukan persiapan awal seperti bangun awal pagi untuk mengulang kaji.
3. Rehat dan makan secukupnya. Kurang berehat dan kurang tenaga membuatkan minda anda lebih tertekan dan itu tidak baik untuk kesihatan.
4. Banyakkan membaca al-Quran, solat malam dan berdoa kepada Allah SWT.
“Kami ingin melihat generasi akan datang yang berjaya dunia dan akhirat, seimbang duniawi dan ukhrawi. Buat yang terbaik dan selebihnya bertawakkallah kepada-Nya. Semoga bermanfaat,” sambungnya.