Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sempat berkunjung ke rumah jirannya yang menyambut Tahun Baru Cina sambil membawa buah tangan berbentuk sebiji kek.
Hidup beragama ini sebenarnya indah dan mudah jika kita memahami kehendak agama, juga batasannya. Islam meraikan kepelbagaian agama dan keberagaman bangsa.
Sambungan di bebenang pic.twitter.com/ZQKNXL32Kc
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) February 4, 2019
Dia berkongsi beberapa gambar di laman Twitter sempat memberi ucapan dan nasihat agar rakyat negara ini sentiasa menyebarkan semangat perpaduan walaupun berlainan agama.
“Hari ini saya meraikan jiran-jiran saya yang berbangsa Cina dengan kek sempena Tahun Baru Cina. Mungkin ini hanya hadiah tahunan yang kecil, namun saya amat berharap ianya mampu menyumbang sesuatu kpd keharmonian rakyat Malaysia berbilang bangsa,” tulisnya.
Berikutan itu, kebanyakan warga laman sosial menerima dengan baik saranan daripada Dr. Zulkifli dan berkongsi pengalaman mereka meraikan perayaan dengan jiran berbeza bangsa.
Sumber: Twitter @drzul_albakri