Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menyatakan bahawa umat Islam di negeri itu boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri pada Hari Raya nanti di rumah masing-masing sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Gambar sekadar hiasan

Dia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri menjelaskan solat sunat Aidilfitri boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga.

“Ia adalah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang ditetapkan semalam mengenai garis panduan sambutan Hari Raya dan solat berjemaah itu boleh dilakukan tetapi hanya membabitkan ahli keluarga di rumah saja,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

“Bagi ahli keluarga yang baru sembuh daripada Covid19 atau perlu kuarantin di rumah, mereka tidak dibenarkan menyertai solat sunat berjemaah itu namun boleh menunaikannya secara bersendirian,” katanya.

Walau bagaimanapun, imam, bilal dan siak boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang(JHEAIPP).

Menurutnya, takbir Hari Raya di masjid dan surau hanya boleh dilakukan oleh imam, bilal dan siak dengan menggunakan rakaman.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, takbir pada malam raya dari rumah ke rumah tidak dibenarkan kerana mahu mengelakkan penularan wabak Covid19 dengan lebih meluas.

“Namun, kami menggalakkan setiap keluarga melaungkan takbir hari raya di rumah masing-masing sehingga sebelum solat sunat hari raya dilaksanakan,” sambungnya.

Tambahnya, pesakit dan petugas di hospital pula dibenarkan menunaikan solat sunat Aidilfitri mengikut arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Sumber: Astro Awani & Bernama