Seramai 15 bayi yang dilahirkan di Hospital Melaka berjaya ditahnikkan oleh Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil, bersempena sambutan Maal Hijrah, semalam.

sinarharian.com.my

Difahamkan, semua bayi termasuk lima bayi lelaki yang dilahirkan kelmarin sehingga pagi semalam telah ditahnikkan beberapa tokoh agama termasuk Imam Besar Masjid al-Azim, Datuk Mohamad Hashim, selain mufti Melaka.

Seorang ibu kepada salah seorang bayi yang ditahnikkan, Nur Af’idah Yazed, 31 tahun, berkongsi pengalamannya bersalin anak perempuan di hospital tersebut.

“Agak risau apabila bayi tidak dilahirkan walaupun sudah melepasi tarikh sepatutnya. Ternyata ada hikmah di sebaliknya apabila puteri saya memilih untuk dilahirkan pada tarikh penuh bermakna untuk umat Islam iaitu Maal Hijrah,” ujarnya.

Selain itu, Ramnah Ibrahim, 32 tahun, berasa gembira apabila bayi lelakinya bukan saja dilahirkan pada Hari Kebangsaan, malah pada Maal Hijrah.

“Walaupun ini anak kelapan saya tetapi perasaan kali ini agak berlainan kerana tidak semua berpeluang merasainya. Harapan kelak supaya anak saya mempunyai budi pekerti baik dan menjadi anak soleh,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro