Tampil dengan akhlak yang baik ketika menjadi tuan rumah. Itulah nasihat yang diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pasca kemenangan Malaysia menentang Indonesia tempoh hari.

Datuk Seri Dr Zulkifli memuat naik artikel di laman webnya, meminta seluruh penyokong Harimau Malaya supaya mencontohi akhlak dan kebesaran jiwa Rasulullah SAW dalam menyambut tetamu.

“Di kesempatan ini juga ingin kami gunakan untuk menyeru seluruh penyokong Harimau Malaya untuk tampil dengan akhlak yang baik saat kita sebagai tuan rumah melayan penyokong pasukan pelawat nanti.

“Ketinggian akhlak kita cerminan ketinggian mentaliti rakyat berkelas tinggi dunia. Contohilah akhlak dan kebesaran jiwa baginda Rasulullah SAW. Semoga ukhuwah Islamiyah kita akan terus subur. Insya-Allah,” memetik artikel tersebut.

Pada masa yang sama, beliau mengucapkan tahniah buat skuad Harimau Malaya setelah berjaya membawa pulang tiga mata amat berharga dari Gelora Bung Karno. Beliau juga teruja dengan kemampuan skuad Harimau Malaya yang mampu bangkit semula sehingga berjaya memenanginya.

Sumber: Awani