Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menjawab persoalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum pemilik kedai makan yang menukar serbuk Milo dengan serbuk koko murah dalam minuman untuk mengaut keuntungan di akaun rasmi Fb miliknya.

Menurutnya, perbuatan yang dilakukan tanpa pengetahuan pelanggan adalah dilarang dan berdosa sekiranya dilakukan.

“Ini kerana terdapat unsur penindasan dan kezaliman terhadap hak yang sepatutnya diterima oleh pembeli sebagai imbalan kepada harga pembelian yang dibayar,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

“Selain itu, syarat sah jual beli juga ialah, kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) mengetahui secara jelas barang yang diniagakan tanpa menyembunyikan apa-apa ‘aib’ yang ada pada barangan yang diniagakan itu,” jelasnya.

Malah, perbuatan tidak elok itu juga boleh dikira sebagai menipu dan difahamkan akad pembelian itu tidak sah.

Gambar sekadar hiasan

“Konsep keuntungan dalam Islam bukanlah diperolehi dengan cara menipu atau muslihat, tetapi dengan cara reda-meredai,” katanya

“Sekiranya, jual beli berlaku dengan cara yang tidak betul (menipu dan sebagainya), sudah pasti pembeli tidak lagi mahu mengulangi muamalah jual beli dengan penjual yang sama,” sambungnya.

Sumber: FMT & Fb Mufti Wilayah Persekutuan