Berkongsi gambar di pagi raya bersama keluarga mertua, pelakon Saharul Ridzwan kini memikul tanggungjawab sebagai abang sulung kepada 4 orang adik ipar perempuan. Tambah Saharul lagi, dari dulu dia menyimpan impian mahu menjadi ‘abang’ dan kini telah dimakbulkan.

Selain daripada ucapan raya yang ditulis Saharul, nampaknya adik iparnya yang cantik itu turut tarik perhatian netizen. Ramai pula yang tawar diri mahu jadi menantu!

Panjang kalau nak bercerita tentang kisah saya dengan wife ni. Sahabat sy @ahmadsyazli_ tahu dari A to Z, dan kalau lah diceritakan, mesti ramai yang tak percaya. “Kita mampu merancang, tapi Allah adalah sebenar benar Maha Merancang dan Maha Mengetahui”. Betul tak lee? Jom lepak weh . Dari awal sehinggalah sekarang, ramai yng tak tahu perjalanan sebenar kami. Dan alhamdulillah, sekarang mereka sudahpun menjadi keluarga sy, dan tanggungjawab sy ❤️ . Dulu sy selalu fikir, sy sebenarnya nak jadi anak sulung dalam keluarga, seorang leader, seorang contoh pada adik2 saya, dan Allah makbulkan apa yg sy fikirkan, Allah Maha Adil 😊 . Sekarang sy adalah ABANG LONG kepada 4 orang adik ipar perempuan. Yang mana tanggungjawab itu pun ada di atas sy sampailah mereka berkahwin . Abah mertua kurang sihat, tetapi masih lagi kuat utk melakukan banyak kerja. Sy kagum dengan Abah dan Umi dalam membesarkan 5 anak perempuan. Bukan sesuatu yang mudah. Sekarang 2 dah berkahwin, tanggungjawab dah beralih pada suami masing2 . Wahai Isteriku @deenaemir , awak dan saya punya tanggungjawab yang besar dalam keluarga ini, disebabkan kita adalah yang sulung kepada adik2 yang belum berkahwin lagi ni. 😊 . InShaaAllah, berpeganglah pada tanggungjawab, maka Allah akan bantu kita. Hadirnya Ali dalam hidup ni banyak buat sy berfikir tentang apa yang akan jadi pada masa hadapan. Syukur Alhamdulillah Ya Allah . Doakan kesihatan Abah mertua sy supaya cepat sembuh, sihat dan boleh terus kongsikan ilmu abah pada ramai orang. Amin Ya Rabbal Alamin ❤️ . Selamat Hari Raya dari kami!!!

A post shared by SR (@saharulridzwan) on

Adik ipar jadi perhatian peminat