Kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali amat memeritkan bagi seorang anak. Lebih-lebih lagi jika mereka ‘pergi’ semasa kita masih muda dan perlukan kasih sayang daripada mereka.

Baru-baru ini, mekap artis terkenal, @shazreeyana atau lebih dikenali sebagai Shazreeyana Shukri, berkongsi kisah duka di laman Twitter ketika dia kehilangan ibu tercinta akibat kanser paru-paru.

Mama i meninggal tahun 2008. Masa tu umur dia 46 tahun. Adenocarcinoma atau LUNG CANCER yang biasa jadi pada non-smoker.

Masa ni i kat college tengah belajar. Dia call bagitau tadi X-ray doc panggil sebab nak bagitau something. Dia kata doc nampak ada shadow kat upper right lung sebesar bola ping pong. So doc nak buat biopsy check dulu apa benda tu. Dia nervous sangat-sangat masa tu.

Lepas beberapa hari/seminggu macam tu, doc panggil balik nak bagi result. Masa tu tiap minggu i ulang alik Perak-Kedah bawak Savvy manual merah (i panggil dia Kodok). Teman mana pi hospital. Doctor bagi result biopsy kata tu adalah ADENOCARCINOMA STAGE 2B. Dah ada metastasis.

Masih ingat masa rambut dia gugur, dia menangis sebab takut Abah tak tertarik dah dengan dia. I cakap kat dia “Mama, rambut gugur tu maksudnya chemo tu berkesan dan dok bunuh sel2 kanser tu. Mama jangan sedih. Mama kena cepat baik. Mama tetap paling cantik di mata kami dah abah”.

28/8/08- Masa ni birthday Ferra. Mama dah beli cake, sediakan makanan nak celebrate bday Ferra kat rumah macam selalu kami buat tiap tahun untuk semua ahli keluarga. Masa tu belum pukul 12am jadi dia pun baring di bilik. I duduk kat ruang tamu. Tiba-tiba dengar Mama jerit panggil kami. “Kakak! adik! Tolong mama tak boleh bangun!”. Kami berlari ke bilik. Dia kata kaki dia tiba2 tak boleh bergerak & tak rasa apa2. Kami panggil Abah & bawa dia ke hospital. Esoknya doc buat CT scan.

Doc panggil i, adik & abah. Doc cakap kanser mama dah merebak ke tulang belakang. 😭 Ya Allah. Sungguh perit. Hancur hati. Rasa nak rebah. Macam semua tenaga disedut keluar. Rasa macam badan ni dah tak ada roh. It was hard to hear that she was not going to make it.

Masa kat bawah hospital mama tiba2 call. Mama kata dia rasa tak leh nafas. I terus lari naik atas. Dia jata dia rasa sesak nafa. Rupanya paru2 dia dah berdarah. Platelets dia too low untuk stop the bleeding. I call abah, adik, makcik, nenek semua bagitau suruh semua mai. Oxygen level mama semakin turun.

Petang tu dah ramai datang melawat dan baca yassin. Dia boleh lagi sembang dalam keadaan nazak. I nangis. Dia kata “kakak jangan nangis. Mama kuat! Allah ada.” Mama hembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 7.30pm. Masa tu Ramadhan. I nangis sampai tak boleh berdiri. Mama tak sempat tengok i & adik2 grad & kawin. Tak sempat tengok bakal cucu2 dia.

“Kakak,jaga adik2. Tengokkan adik2. Kakak anak sulung mama. Tengokkan abah sekali. Mama okay. Allah ada. Kakak jangan nangis. Mama sayang kakak. Doakan mama”. Dengan nafas tersangkut2 mama bisik macam ni ke telinga i. Air mata jatuh macam air terjun.

Begitulah kisah i jadi anak yatim. My mother, best friend i dah tinggalkan i untuk selamanya. I tak pernah share cerita ni di social media. Hanya family rapat saja tau. Tapi hari ni i share jugak. Sebab i nak korang semua hargai ibu bapa sementara mereka masih ada.

Sumber: Twitter @shazreeyana