Baru-baru ini dunia telah gempar dengan 12 pemain bola sepak Wild Boars termasuk jurulatihnya terperangkap di dalam sebuah gua di utara Thailand dan misi untuk menyelamatkan mereka pada mulanya dianggap mustahil.

Walau bagaimanapun, kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan semalam oleh bantuan pakar penyelam dari seluruh dunia.

Berikutan itu, pasukan bola sepak terkemuka, Manchester United, menjemput 12 pemain Wild Boars bersama jurulatih mereka datang menyaksikan perlawanan di stadium Old Trafford.

ua-football.com

“Kami mahu menjemput pasukan dari Wild Boars ke Old Trafford pada musim ini,” menurut kenyataan MU di laman Facebook rasmi mereka.

Sebelum ini, satu pasukan itu turut dijemput oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 pada Ahad ini tetapi dibantah oleh pihak doktor kerana semua mangsa memerlukan tempoh seminggu untuk pulih sepenuhnya.

Sumber: mStar