Baru-baru ini, telah tular di media sosial apabila seorang pembeli di MR D.I.Y mendapati bahawa aksesori pelekat kereta yang dibelinya mempunyai kalimah Allah dan Muhammad.

Gambar: Siakap Keli

Video dimuat naik oleh pengguna Twitter @Mskylexter pada rabu malam telah tular dan mendapat perhatian Menteri Perdangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution.

Semasa kes itu sedang tular, ada beberapa pengguna Twitter yang membuat pautan di Twitter Adibah Noor yang merupakan seorang pelakon serta duta MR D.I.Y di Malaysia.

“Saya sudah maklumkan pada pihak DIY semalam. Tindakan sedang diambil. Terima kasih”- reaksi balas Adibah Noor yang memaklumkan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil.

Gambar: CARI

Susulan oleh itu, MR D.I.Y mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka telah mengeluarkan arahan untuk menarik balik produk pelekat kenderaan itu daripada semua cawangan MR D.I.Y berkuatkuasa serta merta.

Pada masa yang sama, MR D.I.Y memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. “MR D.I.Y memandang serius perkara ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami diatas maklum balas mereka” – dipetik dari kenyataan tersebut.

Sumber: mStar